Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » VIDEO - Memandu Kereta Rally Dengan Duduk Atas Enjin ~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Rally

Memandu kereta lumba rally sudah berbahaya dan kerap berlaku kemalangan mahupun kematian, tetapi ia lebih menjurus kepada membunuh diri apabila memandu kereta rally dengan cara duduk di atas enjin.

Cara pemanduan luar kebiasaan berlaku di acara Misiones Rally di Argentina pada Ahad lepas.

Pemandu kedua Mauricio Sainz mengambil keputusan duduk di atas enjin di bawah penutup bonet keretanya untuk menggerakkan keretanya selepas pedal tekanan minyak kereta mereka rosak.

Pemandunya Sebastian Llamosas memandu mencecah 100 kilometer sejam dengan Sainz duduk di atas enjin.

Insiden itu dirakamkan oleh seorang penonton yang datang menyaksikan perlumbaan rally berkenaan.

Presiden Persatuan Rally Misiones Ignacio Allende berkata ia satu cara pemanduan yang berbahaya.

Beberapa orang peminat rally juga mengulas cara pemanduan itu sebagai terlalu berisiko dan bodoh.

Seorang daripada mereka meluahkan kebimbangan apabila pemandu gagal melihat ke mana hala tuju pemanduan mereka. Pada mereka, kedua-duanya menanggalkan terus penutup bonet supaya pemandu utama boleh melihat arah tuju mereka.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments