Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » KPOP - Lee Hyori Kini Sudah Berumah Tangga~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Pelantun suara berimej seksi Korea Selatan, Lee Hyori secara rasminya sudah melangsungkan perkahwinan.

Menurut laman sesawang M Wave, bekas anggota Fin.K.L. tersebut mengahwini kekasihnya, pemuzik dan anggota Verandah Project dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di vila peribadi milik mereka di Jeju-do.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat, dan tiada sebarang foto perkahwinan telah dikeluarkan secara rasminya oleh pihak pengantin.

Namun begitu, menurut sumber, Hyori meraikan hari perkahwinannya dengan sepasang gaun pengantin putih tanpa lengan dengan mahkota yang dibuat dari bunga, sementara suaminya Lee Sang-soon pula memakai tuksedo berwarna biru muda.

Pada tahun 2011, Lee Hyori mengejutkan ramai apabila mengumumkan yang dia sedang bercinta dengan Lee Sang-soon, seorang pemuzik yang tidak begitu dikenali itu, selepas sama-sama terlibat dalam pelbagai program kebajikan berkaitan haiwan terbiar.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments