Beijing – Seorang wanita pertengahan
umur dari Anhui menjalani pembedahan menstruktur semula wajahnya selepas
pertengkaran dengan suaminya berakhir dengan hidungnya digigit hingga
putus.
Pasangan itu bergaduh hingga saling
bercakaran seperti Mike Tyson dan Evander Holyfield serta berakhir
dengan suami wanita itu menggigit hidungnya, lapor Global Times.
Kejadian berlaku selepas si isteri yang tidak puas hati kerana suaminya
tidak membantu melakukan kerja rumah berleter, menyebabkan si suami
panas hati dan menjerit ke arahnya.
Tidak peduli dengan jeritan suaminya,
wanita itu terus berleter menyebabkan si suami berang. Dia meluru ke
arah si isteri yang dikenali sebagai Yang dan menggigit hidung wanita
itu hingga putus. – AFP
No comments
Post a Comment