Akibat kerosakan komputer pada sistem
tempahan tiket, syarikat penerbangan United Airlines (UA) akan
memberikan penerbangan percuma kepada pelanggan yang telah menempah
tiket pada harga USD0.
Menurut UA, selepas melihat kembali
kerosakan yang berlaku mereka mengambil keputusan membenarkan mereka
yang berjaya menempah tiket ketika kerosakan itu menggunakan tiket
mereka.
Bagaimanapun, UA tidak memaklumkan
berapa keping tiket telah ditempah sebelum syarikat itu menutup laman
web berkenaan ekoran kerosakan itu.
Seorang warga Chicago memberitahu NBC,
ketika menempah tiket saya lihat kos untuk penerbangan dari Chicago ke
Los Angeles dan dari Los Angeles ke Chicago adalah hanya berharga USD10.
“Ia sesuatu yang mengejutkan dan saya
mengambil keputusan untuk menempahnya segera sebelum harga tiket itu
dinaikkan,” kata Bob Stokas yang turut berjaya menempah tiket ketika
harga murah.
Syarikat penerbangan itu terpaksa
menutup pusat panggilan telefonnya selama dua jam sementara pihak
syarikat memperbaiki kerosakan pada laman web berkenaan.
No comments
Post a Comment