Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Siput Lutsinar Ditemui Saintis Di Zagreb ~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kita mungkin biasa melihat siput jenis siput babi, siput sedut dan juga mungkin siput yang mahal dan dihidangkan di restoran makanan Perancis sahaja iaitu siput escargot yang dihidangkan sebagai juadah mewah.




Adakah anda pernah menemui siput yang mempunyai cangkerang lutsinar seperti kaca?
Sepasukan Saintis dari Universiti Goethe, Frankfurt di Jerman dan sekumpulan penyelidik telah menemui sejenis hidupan bawah tanah di wilayah Zagreb, Coratia iaitu sejenis siput yang bercangkerang lutsinar seperti kaca.

Memetik laporan Daily Mail, siput itu atau nama saintifiknya Zospeum Tholussun ditemui di Lukina Jama-Trojama iaitu sebuah gua daripada 20 gua paling dalam di dunia.
Siput itu turut dikalisifkasikan sebagai siput spesis yang baru ditemui.

Zospeum Tholussun ditemui di kawasan berpasir dan berbatu berhampiran aliran sebatang anak sungai pada kedalaman luar biasa iaitu 980 meter dari permukaan gua tersebut iaitu hampir satu kilometer.

Menurut saintis, ia jelas menunjukkan siput terbabit memilih tempat gelap dan kawasan berlumpur di dalam gua bawah tanah sebagai habitatnya.

Selain itu, mereka juga mendapati keupayaan untuk haiwan tersebut bergerak juga terhad dan ia terpaksa ‘menumpang’ haiwan mamalia lebih besar untuk berpindah ke kawasan lain.
Penemuan menakjubkan itu turut diterbitkan menerusi jurnal Biologi Bawah Tanah.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments