Seorang bekas pemotong batu dari wilayah Jundiai di Brazil akan ‘berkahwin’ dengan kambing peliharaannya bernama Carmella.
Oleh sebab tiada gereja Kristian yang
menerima ‘perkahwinan’ manusia dan binatang, pasangan pelik itu akan
dikahwinkan di sebuah gereja dikenali sebagai Gereja Syaitan.
Menurut entri di odditycentral.com,
manusia sebelum ini pernah ‘berkahwin’ dengan haiwan peliharaan mereka
tetapi majlis diadakan dalam gaya santai dan hanya sebagai simbolik.
Bagi si pemotong batu ini Aparecido
Castaldo, seorang duda kepada tujuh orang anak tetap mahu ‘berkahwin’
dengan kambingnya dengan satu majlis di gereja oleh seorang paderi
seperti kebiasaan tetapi tiada gereja Kristian menerima dan mahu
mengahwinkan mereka berdua.
‘Perkahwinan’ itu akan diadakan pada tengah malam 13 Oktober depan di Gereja Syaitan di Sao Paolo, Brazil.
“Hanya gereja kami yang menerima
‘perkahwinan’ antara manusia dan binatang kerana kami tidak mempunyai
sebarang prejudis,” menurut Toninho.
Castaldo ‘jatuh cinta’ dengan kambingnya
sejak dua tahun lalu, dan duda itu juga telah menerimanya sebagai ‘ibu
tiri’ kepada tujuh anaknya itu yang kesemuanya akan hadir pada hari
‘perkahwinan’ itu.
Biarpun ‘perkahwinan’ mereka mencetuskan
kontroversi di kalangan masyarakat, hubungan itu juga menarik minat
beberapa aktivis kebajikan haiwan dengan kebimbangan Castaldo bakal
melakukan hubungan seks dengan kambingnya.
“Apabila saya melakukan sesuatu yang
salah, dia tidak boleh berkata apa-apa, dia juga tidak meminta wang
untuk membeli-belah dan tidak akan mengandung, saya hanya mahukan dia
sebagai teman saya yang sunyi” kata Castaldo.
Menurut Castaldo, ada satu perkara dia
tidak berpuas hati dengan kambingnya itu ialah cuba untuk memakan semua
benda termasuk baju ‘perkahwinan’ yang bakal dipakainya.
NOTA : Perkahwinan
antara manusia dan haiwan adalah dilarang. Perkahwinan di Gereja
Syaitan juga adalah sesat. Artikel ini hanya sekadar berkongsi keunikan
dan keganjilan perilaku manusia lain dari seluruh dunia.
Sumber: HERE
No comments
Post a Comment