APABILA diberitahu doktor dia hanya ada masa 5 tahun sahaja lagi
untuk hidup dengan berat badannya ketika itu, Charmaine Wilkinson, 34,
mula berasa sangat takut.
Justeru, dia berusaha keras mengubah gaya hidup hingga berjaya
menurunkan berat badan sebanyak 114 kilogram dalam masa setahun sahaja.
Beratnya sebelum itu sekitar 215 kilogram. Menurut doktor
tulang-tulangnya akan hancur jika berat badannya terus meningkat
seterusnya membawa kepada kematian.
Charmaine kemudiannya menjalani pembedahan usus dan mengubah gaya
hidup. Hasilnya, ukuran bajunya yang bersaiz 32 (ukuran Eropah) kini
cuma saiz 12.
Ketika gemuk, Charmaine menyatakan dia mengalami kesukaran bernafas dan sulit untuk berjalan seperti wanita tua.
Berat badannya mula meningkat selepas dia melahirkan anak, Maison, 13
dan Poppy, 4. Tabiatnya yang gemar makan makanan ringan dan minuman
manis memburukkan lagi keadaan.
Kini, Charmaine merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama tunang yang sudah bersamanya selama 11 tahun.
Memandangkan tubuhnya kini jauh bebeza, dia tidak sabar untuk mengenakan gaun pengantin kelak.
No comments
Post a Comment