Hartford – Seorang wanita di Connecticut
menyerah diri kepada polis awal pagi semalam selepas mengaku membakar
teman lelakinya sehingga mati, namun dia bernasib baik, kerana lelaki
terbabit terselamat.
Julia Rivera, 47, dikenakan dakwaan
menyerang, melakukan tindakan berbahaya secara melulu, mengingkari
arahan perlindungan dan salah laku oleh pihak polis.
Wanita terbabit sebelum itu menghubungi
talian kecemasan 911, pada jam 12.30 tengah malam untuk membuat laporan
bahawa dia membunuh teman lelakinya.
Rivera juga meminta polis menahannya
kerana membakar teman lelakinya hingga mati, tanpa menyedari bahawa
lelaki terbabit terselamat tetapi mengalami 70 peratus kesan melecur.
Apabila pegawai polis tiba di lokasi kejadian, mereka melihat Rivera menunggu di luar rumahnya, bersedia untuk dibawa pergi.
Mengaku bakar
“Tangkap saya. Saya yang melakukannya. Saya bakar dia hidup-hidup,” katanya kepada mereka.
Apa yang tidak diketahui Julia ialah teman lelakinya masih hidup.
Akhbar The Hartfort melaporkan dia
ditemui di dalam sebuah rumah beberapa blok dari situ dan segera
dikejarkan Pusat Kebakaran Connecticut di Hospital dengan 70 peratus
tubuhnya melecur.
Polis berkata, Rivera mencurah teman lelakinya dengan minyak jagung panas dari kuali di rumahnya.- AGENSI
No comments
Post a Comment