Beijing – Seorang pelajar kolej mengancam membunuh diri dengan terjun dari bumbung bangunan sebuah klinik pembedahan plastik.
Pelajar berkenaan bertindak demikian selepas implan payudaranya ditanggalkan kerana masalah perubatan.
Dia berdiri di tepi bumbung Hospital
Perubatan Kecantikan Fuhua selama beberapa jam, mengancam untuk terjun
selepas gagal mendapatkan pampasan daripada klinik itu.
Anggota keselamatan bagaimanapun berjaya memujuknya supaya membatalkan niatnya itu.
Pelajar berkenaan sebeleum itu membuat
pembedahan membesarkan payudaranya sebagai persediaan untuk temuduga
bagi mendapatkan pekerjaan. Ramai pelajar wanita di China percaya
peluang memperoleh pekerjaan lebih terbuka jika mereka mempunyai
payudara besar.
Kebanyakan pusat kecantikan di negara
berkenaan menyasarkan pelajar wanita yang hampir tamat pengajian dengan
menawarkan diskaun sehingga 65 peratus untuk menjalani pembedahan
membesarkan payudara bagi meningkatkan peluang mereka untuk mendapat
pekerjaan. – Agensi
No comments
Post a Comment