Memulakan
tapak awal dari platform peragaan, gadis yang juga bekas pramugari
syarikat Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd (Air Asia)
ini Azie Yahaya atau nama sebenrnya Norazilah Yahaya mula mengukir nama
dan menapak nama dalam industri hiburan negara.
Dengan
kecantikan yang dimiliki, serta ketinggian yang ada, wanita yang
memperkenalkan dirinya sebagai Azie Yahya ini nyata mampu membuatkan
tetamu menoleh dua kali kepadanya. Tidak 'kayu' dan mampu memberikan
pose-pose menarik dan merbahaya walaupun tidak diminta jurugambar.
Semuanya dilakukan secara rela tanpa sebarang tunjuk ajar. Sebenarnya,
anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini menceburi bidang
peragaan sejak tujuh tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, Azie diajar untuk
mempamerkan kelainan gaya dan ekspresi wajah setiap kali diberi
tugasan.
Meceburi bidang lakonan
Azie
kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Namun begitu, sedaya
mungkin dia cuba merendah diri, dengan mendakwa kecantikan seseorang itu
memang sesuatu yang cukup subjektif. Katanya, cantik pada mata
seseorang, belum tentu menarik pada pandangan yang lain pula.
Apa
pun ungkapannya, Hakikatnya ketinggian serta kejelitaan miliknya tidak
menolak sedikit sebanyak membantu wanita dari Pantai Timur ini untuk
memulakan langkah dalam dunia lakonan. Faktor fizikal tentu sekali
dipandang produser mahupun pengarah, dalam memberikan seseorang pelakon
watak bersesuaian. Azie tidak terkecuali apabila dilamar produser Den
Wahab untuk beraksi dalam drama 13 episod yang kini dalam proses
penggambaran di Kem Sungai Udang, Melaka.
Wanita
berusia 28 tahun ini sekarang sedang giat mempromosikan drama komando
berjudul Beret Hijau. Drama ini dicetuskan oleh Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan akan disiarkan Radio Televisyen
Malaysia (RTM) sempena sambutan Hari Tentera Julai depan. Ia turut
dibintangi Iqbal Mazlan, Chomell Fana, Hasnul Rahmat, Aman Graseka,
Kuswadinata, Lan Mazlan dan Hairi Anak Wayang.
Azie
juga terus berharap karier seninya tidak terganggu dek cerita-cerita
yang kurang menyenangkan mengenai dirinya sebelum ini yang dikatakan
terlalu seksi. Apatah lagi sehingga ke hari ini, dia masih belum
membuktikan kemampuan membawa watak yang boleh memberi impak kuat
terhadap hasil lakonannya.
No comments
Post a Comment