Artis terkenal tanah air, Soo Wincci mendedahkan dia pernah ditawarkan ganjaran antara RM30, 000 hingga RM1 juta untuk ‘ perkhidmatan khas .
Menurutnya, tawaran sebegitu bukanlah perkara baru dalam industri hiburan .
” Ia bermula sejak saya aktif dalam pertandingan ratu cantik lagi ,” kata gadis kelahiran Kuala Lumpur itu.
Wincci pernah dimahkotakan Miss World Malaysia pada tahun 2008.
” Akan ada golongan kaya yang akan mendekati saya dan gadis-gadis lain dengan ayat-ayat manis, mereka menggunakan pendekatan yang cukup ‘bijak’ untuk memenuhi kehendak mereka,” katanya.
Dalam temu bual telefon dengan Daily Chilli , gadis cantik berusia 28 tahun yang kini semakin mengukir nama dalam industri hiburan turut menceritakan pengalamannya berhadapan dengan golongan sebegini.
” Ada sekali ketika saya membuat persembahan di Genting Highlands, ketika itu saya dan pengurus saya sedang bersiap untuk pulang.
” Tiba-tiba ada seseorang menghampiri kami dan terus bertanya berapa yang saya mahu kalau dia mahu ajak saya untuk keluar makan ‘bersama’…RM30,000?
” Saya terus jawab…saya tak buat kerja-kerja macam itu,” katanya berterus-terang.
Wincci juga menceritakan bagaimana empat orang yang bergelar Datuk menawarkannya berkerja di syarikat mereka sebagai ‘junior CEO’.
” Saya hanya perlu ‘terbang’ ke sana sini dan membuat kerja-kerja Perhubungan Awam (PR) kononnya…di situ saya akan dibayar RM1 juta setahun,” dakwanya.
Wincci seterusnya berkongsi pengalaman bagaimana ditanya TERUS oleh beberapa orang pelabur: ” Adakah anda boleh dibawa tidur bersama? “
Pengalama pahit digoda untuk dibawa ke ranjang tidak terhenti di situ, perkara yang sama semakin teruk berlaku bila dia mengambil keputusan untuk melebarkan sayap ke Taiwan.
” Sebab itu ketika di Taiwan, saya mengambil keputusan untuk meminjam wang hampir RM1 juta dari bank kerana tidak mahu terhutang budi dan seterusnya ‘terperangkap’ dalam pujuk rayu golongan ini,” ujarnya.
Katanya, mereka melihat ratu cantik, pelakon dan penyanyi wanita yang ada ‘sangat murah’ dan mudah untuk dibeli dengan wang.
Wincci bagaimanapun menasihati gadis-gadis di luar sana agar berhati-hati dan jangan berbuat sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan dengan golongan seperti ini kerana mereka mempunyai kuasa dan sangat berpengaruh.
Cara terbaik, katanya, mereka kena tetapkan pendirian dan berusaha dengan lebih gigih hingga mencapai kejayaan kerana dengan cara ini saja ia boleh ‘mengajar’ golongan tersebut.
” Ada yang kata, Aiyyyaaaaaa….awak tak payah kerja teruk-teruk, jadi teman wanita saya sudahlah.
” Pendapat saya mudah, kalau saya buat macam itu, sia-sialah kerja keras dan kesungguhan saya selama ini!,” katanya.
Namun Wincci mengakui ramai gadis di luar sana yang akhirnya terperangkap dalam permainan kotor mereka yang tidak bertanggung jawab itu.
” Apatah lagi kalau ada yang sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan tiada panduan hidup.
” Ia ibarat anda sedang berdiet tetapi pada masa yang sama ditawarkan kek yang yang sungguh sedap di depan mata anda,” katanya. (sumber DailyChillies.com)
No comments
Post a Comment