SEDARI mula timbulnya desas-desus dia kononnya menjalin hubungan
cinta dengan pemain bola sepak Kebangsaan dan pasukan Selangor, Mahali
Jasuli, pelakon ini pantas menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan
mereka hanya bersahabat. Namun keintiman pasangan ini semakin ketara
apabila Tasha Shilla dikatakan sering mengikut Mahali ke stadium untuk
menyaksikan perlawanan bolak sepak.
Bagaimanapun ada spekulasi mengatakan sejak akhir-akhir ni prestasi
pemain muda itu kian merosot dan Tasha dipersalahkan. Gara-gara terlalu
asyik bercinta sehinggakan Mahali gagal memberikan tumpuan pada
kerjayanya.
“Daripada awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan
Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa.
“Mungkin sekarang ni dia tengah alami kecederaan, sebab itu dia tak
dapat beraksi dengan baik. Kenapa nak libatkan saya kalau dia tak
beraksi cemerlang? Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang dia, tak
pula orang sebut nama saya tapi bila dia main tak bagus, mula nak
kaitkan nama saya. Soal kenapa dia tak beraksi cemerlang, itu kena
tanyalah pada jurulatih dia, Rajagopal kan”, kata Tasha Shilla ketka
diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut.
Tasha ditemui pada majlis peragaan busana ceongsam The Weld Oriental
Rhapsody melibatkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Keith
See, Shanghai Sin, Ms Chinese Cosmos dan penaja barang kemas Raflessia
di The Weld, kelmarin.
Pada masa sama Tasha mengesahkan dirinya kini masih lagu belum
berpunya. Namun tidak hanya Mahali seorang yang kini menjadi temannya
malah dia berkawan dengan ramai orang.
“Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin namun jodoh, ajal dan
maut adalah di tangan Tuhan dan saya menyerahkan segalanya kepada
Tuhan,” ujarnya.
Perkembangan lain, Tasha kini sibuk dengan penggambaran drama untuk
slot Samarinda TV3 berjudul Terukir di Bintang. Selain itu pada Disember
depan dia bakal berangkat ke Korea bagi menjalani penggambaran drama
bersiri terbitan RTM berjudul Semusim Salju. – Malaysia Digest
No comments
Post a Comment