Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » INFO - Bahaya Merokok Selepas Bangun Tidur~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ini artikel pesanan untuk orang yang suka merokok. Yang tak merokok pun boleh baca untuk disampaikan kepada rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara kita yang merokok. Ianya berkenaan kesan bahaya merokok selepas bangun dari tidur.
kandungan-pada-rokok
Jom baca petikan artikel dibawah, ianya diambil dari laman BH Online.
Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko diserang barah paru-paru, menurut kajian baru. Steven Branstetter yang merupakan profesor kesihatan biotabiat, Universiti Pennsylvania State berkata, pihaknya mendapati perokok yang merokok sebaik bangun tidur mempunyai paras bahan kimia tembakau dikenali NNK adalah lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok sebaik bangun tidur.
Beliau berkata kimia NNK akan menghasilkan sejenis lagi bahan kimia dikenali NNAL apabila seseorang merokok. Paras NNAL dalam darah boleh digunakan untuk meramalkan risiko barah paru-paru pada tikus selain manusia. Menurut Branstetter, penyelidikan lain menunjukkan NNK mendorong pertumbuhan tumor paru-paru pada beberapa spesies tikus. Di samping itu, paras NNAL stabil dalam perokok dari semasa ke semasa dan ukuran tunggal boleh menunjukkan dengan tepat pendedahan individu.
Branstetter dan rakannya, Joshua Muscat, yang juga profesor sains kesihatan umum, memeriksa data mengenai 1,945 perokok dewasa daripada Tinjauan Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Negara yang memberikan contoh air kencing bagi analisis NNAL. Peserta juga memberikan maklumat mengenai tabiat merokok, termasuk berapa cepat mereka merokok selepas bangun tidur.
Penyelidik mendapati kira-kira 32 peratus peserta yang diperiksa memulakan tabiat itu dalam masa lima minit selepas bangun; 31 peratus dalam masa enam hingga 30 minit; 18 peratus dalam masa 31 hingga 60 minit dan 19 peratus mula merokok lebih sejam selepas bangun. Di samping itu, penyelidikan juga mendapati paras NNAL dalam darah peserta berkait rapat dengan usia peserta, umur mereka mula merokok, jantina dan sama ada perokok lain tinggal di rumah mereka, antara faktor lain.
“Paling penting, kami mendapat paras NNAL tertinggi di kalangan perokok yang merokok sebaik bangun tidur, tidak kira kekerapan merokok dan tfaktor lain yang meramalkan kepekatan NNAL.


Read more: http://www.ceritaapakah.com/2013/04/bahaya-merokok-selepas-bangun-tidur.html#ixzz2f8xamqog

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments