Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Syawal terakhir Misha Omar sebagai gadis
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Syawal terakhir sebagai gadis

Acap diajukan persoalan yang sama, malah pernah satu ketika penyanyi bersuara lunak, Misha Omar membiarkan saja segelintir pihak memutar spekulasi apabila menunda tarikh pernikahan namun kini semuanya semakin pasti.


Sinar matanya yang bercahaya menterjemahkan segenap ruang bahagia yang menyelinap dalam dirinya, apatah lagi tarikh dijanjikan untuk dirinya diikat sebagai isteri semakin mendekati. Bakal melangsungkan pernikahan pada Februari tahun depan, tunangan kepada juruterbang, Firos Ezzwan Rossly itu, Syawal ini mengundang debaran luar biasa kepada dirinya. 



Ini kerana kata Misha, kesempatan pada bulan mulia ini diambil keluarga kedua-dua belah pihak untuk menetapkan tarikh sebenar pernikahan mereka selepas lama berteka-teki.

“Sebelum ini kami hanya mencapai kesepakatan untuk diijabkabulkan pada Februari depan. Ada beberapa tarikh yang menjadi pilihan, namun kami masih menanti kata putus kedua-dua pihak kerana pernikahan itu sendiri adalah penyatuan dua keluarga.

“Andai ditanya secara peribadi, saya tidak mengimpikan sebuah perkahwinan yang sarat kemewahan. Cukup hanya bersederhana kerana apa yang utama adalah ijab dan kabul, rukun wajib untuk pasangan yang mendirikan rumah tangga.

“Namun saya akur, saya tidak boleh hanya mementingkan diri. Lokasi dan tarikh persandingan belum dilakukan perbincangan kerana kami ingin menyelesaikan dulu sesuatu yang lebih besar iaitu tarikh pernikahan. 

“Saya juga masih belum mendaftar kursus perkahwinan. Insya-Allah selesai Syawal, saya akan mula melakukan persediaan sedikit demi sedikit kerana tidak mahu terkejar-kejar pada saat akhir,” katanya.

Cuba berkongsi kebahagiaan bergelar isteri bersama mereka yang menyokong perjalanan kariernya selama 11 tahun, Misha berkata, beberapa hal seperti persalinan pada hari bersejarahnya itu sudah ditetapkan.

Penyanyi Angin Syurga itu berkata, dia menyerahkan amanah kepada pereka kegemarannya, Syaiful Baharim dan Michael Ong untuk menyempurnakan penampilannya pada hari bahagianya nanti.

“Bukan menafikan pereka lain, cuma ketika menata kerjaya nyanyian dua nama itu banyak membantu memberikan pelbagai nasihat hingga akhirnya saya menemui apa yang bersesuaian dengan diri.

“Banyak sejarah yang kami lalui bersama, malah saya masih ingat ketika kali pertama menyertai Anugerah Juara Lagu, Michael orang yang banyak mendorong dan mempercayai bakat saya.

“Jasa besar mereka berdua membuat saya tidak lupa untuk mengabadikan sentuhan emas mereka pada hari bersejarah saya nanti,” katanya.

Bh

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments