Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kuwujudan Makhluk Misteri Cadborosaurus Dirakam Kamera di Teluk Nushagak, Alaska
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Pada tahun 2009, ada desas-desus kalau seorang nelayan di Alaska telah berjaya merakam makhluk misteri yang disebut sebagai Cadborosaurus dan menyerahkan hasil rakaman itu kepada Discovery Channel. Desas-desus itu ternyata benar dan pada hari ini Discovery channel akan menayangkan rakaman tersebut secara exclusive.

Apakah kita telah mendapatkan bukti kewujudan makhluk cryptid Cadborosaurus?

Boleh saja. Walaupun masih terlalu jauh untuk menyimpulkannya dengan pasti.

Rakaman yang menarik ini diambil oleh seorang nelayan di teluk Nushagak, Alaska, pada tahun 2009, dan akan ditayangkan perdana hari ini pada acara "Hillstranded", sebuah dokumentari khas dari Discovery Channel.

Pada rakaman tersebut, terlihat adanya seekor (atau lebih) makhluk panjang seperti ular sedang berenang di teluk. Ukurannya kurang lebih sekitar 6 hingga 9 meter dengan punuk di punggungnya. Makhluk itu juga menyemburkan air dari punggungnya seperti seekor ikan paus. Ini cukup luar biasa kerana tidak ada ikan yang menyemburkan air dari punggungnya selain paus. Makhluk dalam rakaman tersebut, jelas bukan seekor paus.

Ini screen shot rakaman tersebut. Kalian boleh menyaksikan rakaman dari discovery channel di akhir postingan ini.

Ketika melihat makhluk dalam rakaman tersebut, mungkin orang-orang akan segera mengaitkannya dengan Nessie, cryptid paling termashyur di dunia dari Lochness, Scotland. Namun, para cryptozoologyst yang menyaksikannya mencari kalau makhluk itu lebih mirip dengan makhluk cryptid lain, iaitu Cadborosaurus, yang diberi nama berdasarkan teluk Cadboro di British Columbia, tempat makhluk jenis ini pertama kali ditemui.

Paul Leblond, bekas ketua Department of Earth and Ocean Sciences di universiti British Columbia mengatakan kepada Discovery News kalau ia sangat terkesan dengan rakaman tersebut. Leblond pernah membantu menulis buku mengenai Cadborosaurus yang berjudul "Cadborosaurus: Survivor from the deep".

"Walaupun rakaman itu diambil pada situasi yang sedikit hujan dan kapal yang bergoyang, rakaman itu kelihatan sangat asli."

Cadborosaurus sendiri mempunyai nama gelaran Cadborosaurus Willsi, yang bermaksud reptilia atau cicak dari teluk Cadboro. Namun, kadang-kadang orang-orang hanya menyebutnya sebagai Caddy.

Makhluk ini dianggap sebagai salah satu jenis ular laut yang mempunyai kepala seperti kuda, mata yang besar dan punggung yang berbonggol.

Penampakan makhluk seperti ini telah dilaporkan selama puluhan tahun. Namun baru pada tahun 1937 dijumpai bangkainya di Queen Charlotte Island, British Columbia. Bangkai itu dijumpai di dalam perut seekor ikan paus.

Sejak saat itu, nama Cadborosaurus mulai dikenal secara luas.

Bangkai Cadborosaurus yang misteri itu kemudian diteliti dan disimpulkan sebagai bangkai anak paus. Namun kesimpulan ini ditolak oleh sebahagian orang, termasuk oleh pekerja yang menemuinya pertama kali.

Misteriusnya, bangkai itu kemudian hilang entah kemana.

Kerana itu, rakaman Alaska menjadi sangat penting bagi para cryptozoolgyst yang ingin meneliti kembali kemungkinan kewujudan makhluk ini.

Banyak penyelidik percaya kalau Cadborosarus adalah sejenis belut gergasi atau Frill Shark (Yang memang berbentuk mirip belut). Namun Leblond menyangsikannya kerana gerakan makhluk yang kelihatan dalam rakaman tidak seperti gerakan seekor ikan.

"Pastilah makhluk (dalam rakaman) itu sejenis reptilia atau mamalia kerana ia bergerak naik turun (berayun) secara menegak. Ikan sendiri bergerak ke kiri dan kanan."

Tentu saja satu-satunya cara untuk menentukan identiti makhluk itu adalah dengan mencari makhluk misteri tersebut. Rakaman ini mungkin boleh menjadi penanda aras bagi para cryptozoolgyst.

Jim Covel, senior manager pada Monterey Bay Aquarium, menyimpulkannya dengan sangat baik.

"Kita memang masih mencari banyak spesies baru di dalam lautan sehingga membolehkan beberapa orang untuk menampung fikiran-fikiran seperti ini dan mengisi kekosongan yang ada dengan imaginasi. Namun, hal ini menunjukkan betapa penerokaan ilmiah sangat diperlukan."

Siapa tahu, mungkin suatu hari Cadborosaurus yang misteri itu akan muncul kembali.



 


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments