Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Spanx Jenama Pakaian Pembentukan Tubuh Untuk Menjadi Rampin!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto
Seronoknya mendapat undangan ke rumah terbuka sepanjang Aidilfitri ini dan diri mula merangka beberapa busana yang akan digayakan kala bertandang kelak.
Tapi dengan beberapa masalah lemak yang tampak ketara di tubuh membuatkan diri sekadar mampu menyarung baju kurung yang sedikit lebar bagi menutup bonjolan itu. 
Ingin padankan dengan korset atau girdel, rasa panas dan leceh pula meskipun dua pakaian dalam itu mampu membentuk tubuh, sekali gus memberi ilusi ramping. 
Namun, masih ada pakaian dalam pembentukan tubuh yang selesa dipakai terutama bagi tempoh lama.
Foto

Spanx, jenama pakaian pembentukan tubuh paling popular di Amerika Syarikat (AS) kini menjengah pasaran tempatan dengan himpunan pakaian dalam inovatif.
Spanx memulakan revolusi pakaian dalam di AS sejak beberapa tahun lalu. Dengan penggunaan fabrik khas, reka bentuk inovatif dan beberapa ciri keselesaan bagi mengurangkan kekurangan bentuk tubuh badan, ia berjaya menarik minat selebriti dunia antaranya Beyonce, Jennifer Lopez, Kim Kardashian dan Blake Lively. 

Menerusi tiga kategori - asas, hosieri dan pembentukan badan - rangkaian pakaian dalam ini membantu memperkemaskan tubuh tanpa meninggalkan kesan tidak selesa. 

Foto
Rangkaian pakaian dalam asas menampilkan coli yang menyerlahkan bentuk badan, selain memberikan sokongan dan keselesaan yang diperlukan wanita, malah turut mengurangkan rupa garisan atau benjolan coli sambil melekap dengan baik. 

Dengan bahagian belakang dan pemaut yang diperbuat daripada hosieri lembut, coli ini tidak mengganggu aktiviti harian atau memberikan penampilan garisan jika memakai pakaian berfabrik lembut. 

Bra-Cha-Cha ialah coli tanpa pemaut pertama yang kekal di tempatnya. Coli Bra-liminate Minimizer pula direka untuk ukuran dada besar dan bidang. 

Ia membantu mengurangkan ukuran dada sebanyak satu inci tapi pada masa sama, masih menjaga kedudukan payudara dengan menghalang tarikan graviti. 

Rangkaian hosieri pula mengawal bahagian perut atau paha di samping mengurangkan ukur lilit pinggang. Dengan teknologi berpaten yang menghalang lemak kaki membentuk benjolan, hosieri In Power sesuai dipakai setiap hari. 

Hosieri Tight-End Tights ialah seluar ketat yang membentuk badan kerana dilengkapi bebenang mayang dan bahagian kawalan atas berpaten yang membantu meleperkan perut, melangsingkan paha serta memejalkan bahagian punggung. 

Bagi wanita yang ingin mengurangkan beberapa inci dengan segera, Spanx Slim Cognito dalam rangkaian pembentukan badan pasti dapat membantu. 

Ia koleksi pembentukan badan yang licin tanpa garisan, memberikan mampatan maksimum yang membentuk kontur keluk serta mudah dipakai. 

Koleksi Skinny Britches menawarkan kuasa membentuk tubuh badan dalam pelbagai warna ceria di samping memberikan siluet klasik manakala rangkaian Slimplicity menyediakan fabrik ringan dengan mampatan kuat serta perincian minimum. 

Boostie-Yay! tidak ketinggalan menawarkan fungsi korset kawalan tumpuan dengan korset di bawah payudara yang memampatkan bahagian tengah dan sut tubuh yang dilengkapi coli bahagian atas untuk liputan menyeluruh. 

Daripada sut tubuh dengan seluar jenis thong di belakang hingga ke skirt labuh dan kamisol yang membentuk badan, koleksi Your Thinstincts menguasai bahagian perut dan mengecilkan bahagian tengah tanpa menjejaskan kawasan payudara dengan bantuan material yang mudah diselaraskan. 

Koleksi Slimmer & Shine pula menawarkan kuasa membentuk yang diserlahkan dengan perincian satin mewah berkilau bagi membuatkan tubuh tampak lebih ramping. Panel tanpa kelim menyasarkan bahagian perut, punggung dan paha dengan benang sutera dan menariknya ia tidak melekat pada apa jua jenis pakaian. 

Hampir semua produk Spanx kini boleh didapati di gedung beli-belah utama seperti Metrojaya, Robinsons, Parkson dan Tangs sekitar Lembah Klang.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments