PETALING JAYA:Pelakon Nora Danish menerima baju raya sebagai hadiah untuk dia dan anaknya Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 4mpat tahun.
Nora, 31, berkata, kebanyakan peminat menghubunginya melalui laman sosial Instagram bagi mendapatkan maklumat terperinci termasuk alamat untuk membolehkan mereka menghantar barang tersebut.
"Hampir setiap hari ada sahaja barang yang sampai dan kebanyakannya untuk Raykal seperti pakaian dan barangan kanak-kanak.
"Mereka minta alamat saya di Instagram dan suruh saya pakai dan muat naik gambar saya bersama hadiah mereka di Instagram," katakan kepada mStar Online.
Biarpun kebanyakannya bermotifkan promosi namun dia tidak pernah menganggap ia sebagai satu bebanan.
"Tujuan mereka adalah untuk meminta saya membantu mereka promosi produk mereka di Instagram dengan memuat naik gambar tersebut. Saya tiada masalah jika ia dapat membantu menambah rezeki mereka. Tidak susah pun," katanya.
Dalam pada itu, mengulas tentang sambutan Hari Raya, Nora berkata ia disambut secara sederhana seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Seperti biasa selepas solat Hari Raya, saya akan ke rumah bekas ibu mertua untuk menikmati hidangan.
"Lagi pula di sana Raykal boleh berjumpa saudara-maranya," kata Nora yang tidak menolak kemungkinan akan beraya bersama aktres Fasha Sandha.
No comments
Post a Comment