Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] PM Norway Menyamar Jadi Pemandu Teksi~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PM Norway Menyamar Jadi Pemandu Teksi
UNTUK kempen pilihan raya umum yang bakal berlangsung, Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg mendedahkan beliau menyamar sebagai pemandu teksi pada satu petang untuk mengetahui isi hati pengundi.
“Ia penting untuk saya untuk mendengar apa yang rakyat perlukan. Jika ada tempat di mana orang ramai berbual apa yang mereka fikirkan (tentang kerajaan), ia adalah di dalam teksi,” katanya dalam klip video yang dimuat naik dalam laman Facebook, Twitter and YouTube. Video berkenaan dipaparkan ketika kemuncak kempen pilihan raya umum pada 9 September ini.
Stoltenberg memakai unifom teksi Oslo termasuk dengan lencana. Beliau mengambil penumpang di dalam teksi Mercedes hitam di ibu negara Norway. Satu kamera tersembunyi dipasang di dalam teksi yang merakamkan reaksi penumpang yang cam akan wajah perdana menteri tersebut.
“Dari sudut ini, dia mirip Perdana Menteri.” Seorang perempuan tua juga mengenali Stoltenberg dan memintanya berbuat sesuatu terhadap ‘gaji ketua’ yang mendakwa mereka tidak sepatutnya menikmati gaji berjuta dengan jawatan itu.
Meskipun tidak mendedahkan siapa dirinya, Stoltenberg pada satu masa mengaku kepada seorang penumpang yang mengetahui siapa dirinya bahawa dia tidak memandu sejak lapan tahun lalu.
Ditanya oleh akhbar tabloid Verdens Gang jika beliau akan menjadi pemandu teksi sekiranya kalah dalam pilihan raya nanti, Stoltenberg berkata:
“Saya fikir negara ini dan penumpang teksi Norway akan menikmati kehidupan lebih baik sekiranya saya terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan bukannya sebagai pemandu teksi.”
Menurut tabloid itu, semua penumpang yang menaiki teksi Stoltenberg pada hari itu tidak perlu membayar tambang untuk perjalanan mereka. – Wanista

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments