Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Lea Menangis Terima Anugerah Buat Cory~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Video: Lea Menangis, Anugerah Buat Cory
IA merupakan malam yang amat menyedihkan apabila pelakon-pelakon rancangan tv terkemuka, Glee terpaksa menghadiri ‘Teen Choice Awards’ (TCAs) tanpa bintang utama mereka, Cory Monteith.
Kesedihan itu terpadam seketika apabila rancangan tersebut memenangi Anugerah Rancangan TV Komedi Pilihan.
Ketika mengambil anugerah tersebut, kesemua pelakon Glee naik ke pentas kecuali Lea.
Pada masa yang sama, pelakon-pelakon Glee seperti Kevin McHale, Amber Riley dan Jenna Ushkowitz mendedikasikan anugerah tersebut kepada mediang Cory.
Selepas penganugerahan tersebut, Lea pula memenangi anugerah Pelakon Komedi TV Wanita.
Ini merupakan penampilan pertama Lea selepas kematian Cory dan Lea tidak lagi mampu menahan sebak ketika menyampaikan ucapan.
“Terima kasih semua. Saya mahu berada di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peminat-peminat saya yang terus menyokong saya sepanjang minggu-minggu yang penuh mencabar ini.
“Saya ingin tujukan anugerah ini kepada Cory. Dia sangat istimewa bukan sahaja kepada saya, malah kepada semua. Dan kita bertuah kerana kita dapat melihat bakatnya yang luar biasa, senyumannya yang tampan serta harinya yang mulia,” jelas Lea sambil menitiskan airmata.
Dalam pada itu, jurugambar yang hadir pada majlis tersebut sempat merakamkan rantai tengkuk yang dipakai Lea.
BRbrJeTCQAEZffy.jpg large
Rantai yang tertulis ‘Cory’ itu jelas menunjukkan mendiang Cory masih di hati Lea.
Saksikan video ucapan Lea yang membuatkan ramai hadirin yang hadir sebak dan memberikan tepukan gemuruh kepada mendiang Cory.
Sumber: HollywoodLife.com

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments