Perlawanan aksi persahabatan itu berakhir dengan keputusan Harimau Malaya tewas 1-3.
Namun, apa yang ingin dikongsikan penulis di sini ialah mengenai pelbagai cerita kurang enak mengenai kedatangan Barca ke Malaysia di mana penganjur seperti menganaktirikan media tempatan dan seperti melebih-lebihkan media antarabangsa.
Selain itu, seperti kebiasaan selepas sahaja selesai bermain sesi sidang media akan dijalankan bagi mendapatkan serba sedikit ulasan dan komen daripada pemain dan jurulatih namun pasukan dari Sepanyol itu dilihat bergegas ke lapangan terbang dan media tidak sempat bertanyakan sebarang soalan kepada mereka.
Dalam hal ini, penganjurlah yang seharusnya dipersalahkan kerana tidak dapat memberikan perjalanan acara yang baik dan teratur sehinggakan media tempatan tidak diberikan sebarang peluang untuk bertanya semasa sesi sidang media pertama sejak kedatangan mereka ke sini pada Khamis lalu.
Malah, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin turut melahirkan rasa kurang senangnya di atas sikap serta tindak-tanduk penganjur tersebut melalui laman Twitternya.
No comments
Post a Comment