Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ashraf Sinclair Buka Restoran Di Jakarta!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ashraf dan BCL mempunyai minat sama dalam bidang kulinari.
PELAKON kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari atau BCL telah membuka sebuah restoran makanan yang diberi nama Nuansa Sunda di Jakarta Selatan, Indonesia.
Menurut laporan Kapan Lagi, minat yang sama pasangan suami isteri itu dalam bidang kulinari dan perniagaan telah memberikan mereka idea untuk memiliki sebuah restoran yang menghidangkan masakan popular di Indonesia.
"Saya dan suami memang suka makan dan dia pula sangat pakar dalam bab-bab perniagaan. Jadi kami gabungkan elemen tersebut dan menghasilkan Nuansa Sunda," kata BCL.
Dalam perkembangan sama, BCL berkata, memandangkan dia tidak begitu mahir dalam perniagaan, dia bertindak sebagai penyokong suaminya itu dan menguruskan jadualnya yang semakin padat.
"Ashraf lebih pakar urusan perniagaan dan sebagai isteri saya sentiasa berada di belakangnya untuk memberi sokongan," katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments