Selepas dikatakan ‘mengayat’ seorang wanita di sebuah kelab malam, kali ini timbul pula kontroversi yang mengatakan yang selebriti terkemuka dunia, Justin Bieber sudah tidak reti memakai baju.
Mana tidaknya, boleh dikatakan semakin banyak gambar Bieber sama ada yang dimuat naik beliau sendiri di laman sosial, Instagram mahupun gambar yang dimuat naik oleh paparazi.
Mungkin Bieber merasakan badannya sudah cukup mantap untuk ditayang kepada semua peminatnya.
Ada yang mengatakan baju Bieber ‘hilang’ di Connecticut baru-baru ini.
Tetapi rasanya Bieber mula yakin untuk menayangkan badannya di khalayak umum ketika di Miami tahun lalu.
Selasa lalu kecoh di laman-laman sosial serta laman hiburan Hollywood apabila Bieber dilihat berjalan ditengah bandar New York dengan tidak memakai baju.
Sudahlah tidak pakai baju, kecoh pula yang Bieber ni tak reti nak pakai seluar tinggi sedikit.
Malah, dalam kalangan peminatnya sendiri ada yang menegur menerusi laman sosial Instagram supaya Bieber memakai seluar dengan ‘sempurna’.
Nampaknya makin susahlah pereka fesyen nak buat duit.
Bieber yang sering menjadi idola remaja masa kini telah membawa pelbagai perubahan dari segi fesyen remaja.
Topi, kasut dan rantai ala Bieber telah menjadi ‘trend’ masa kini.
Mungkin selepas ini akan ramai remaja di New York atau di tengah kota-kota besar seperti London mahupun Kuala Lumpur memilih untuk bersiar-siar dengan tidak memakai baju.
Sumber: TMZ
No comments
Post a Comment