Tokyo – Seorang wanita muda mengikat dirinya di rumah kerana tidak mahu pergi bekerja.
Wanita berusia 20-an itu ditemui dengan tangan dan kakinya terikat dengan tali dan tali pinggang di kediamannya di barat Tokyo kelmarin.
Akhbar Sankei Shimbun melaporkan, tuan rumah itu menemui wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi tidak cedera.
Dia menelefon polis dan ambulans kerana bimbang wanita itu menjadi mangsa rompakan.
Bagaimanapun, penyiasat sangsi terhadap dakwaan wanita muda itu apabila mereka gagal menemui bukti ada kejadian pecah masuk.
Ketika disoal siasat, dia menangis dan mengaku tidak ada orang lain yang terlibat.
“Saya malas nak kerja. Kerana itu saya mengikat diri saya supaya saya tidak perlu bekerja tanpa memberi notis lebih awal,” katanya kepada polis. – AFP
No comments
Post a Comment