Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Stacy Masuk Islam Adalah Tidak Benar Sama Sekali~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kini kecoh di laman-laman sosial dan beberapa blog hiburan apabila dikatakan juara Akademi Fantasia 6, Stacy telah memeluk Islam.
Tambah mengejutkan apabila Stacy dikatakan memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi, Akim.


Namun, setelah kami meniliti isu tersebut, jelas Stacy yang dimaksudkan bukanlah Stacy AF6.
Stacy yang dikatakan memeluk agama Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly.
Malah, sekeping foto yang kami terima turut menunjukkan yang wanita yang bernama ‘Stacy’ itu bukanlah Stacy AF6.
Bagaimanapun, pihak MyNewsHub memilih untuk menghubungi Stacy bagi mendengar sendiri jawapan daripada mulutnya.
“Kalau boleh saya tak mahu komen sebab perkara melibatkan agama ini sangat sensitif.
“Tapi saya cuma boleh menafikan khabar angin yang mengatakan saya memeluk Islam,” jelas Stacy ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi.
Dia yang dikatakan teman tapi mesra Akim itu turut menafikan yang dia kini menjalin hubungan cinta bersama Akim.
“Kami tiada hubungan istimewa. Kami cuma kawan rapat sahaja,” ujar Stacy.
Maka, terjawablah persoalan di laman-laman sosial berkenaan khabar angin Stacy yang memeluk agama Islam.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments