Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi muda yang juga selebriti terkemuka dunia, Justin Bieber.
Bieber mencipta nama dengan lagunya berjudul ‘Baby’ apabila video klip lagu tersebut ditonton lebih 883 juta pelayar Youtube.
Bukan itu sahaja, video klip tersebut turut mendapat jumlah ‘like’ yang tinggi apabila hampir 1.9 juta pelayar.
Namun, yang menyedihkan apabila jumlah ‘dislike’ video tersebut melebihi daripada jumlah ‘like’ yang diterima.
3.6 juta dislike untuk sesebuah video klip itu adalah sesuatu perkara mengejutkan.
Penyanyi bertaraf antarabangsa menerima jumlah dislike sebeitu banyak sekali.
Apa dah jadi?
Mungkin kerana lagu tersebut ‘boring’ atau penampilan Bieber yang nampak ala-ala ‘baby’ tak matang.
Maaflah kalau ada peminat Bieber yang terasa pedas dengan kenyataan tersebut kerana rata-rata komentator di laman Youtube turut menyuarakan pendapat yang sama.
Apa-apa pun, video klip itu telah berlalu hampir 4 tahun lalu.
Kini kegemilangan Bieber boleh dikatakan bukan lagi dengan menampilkan lagu-lagu yang mantap, sebaliknya kontroversi serta gambar bogel yang membanjiri laman-laman sosial dan blog menaikkan namanya hingga ke hari ini.
No comments
Post a Comment