Beijing: Seorang anggota polis menyelamatkan nyawa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan menggari dirinya dan mangsa sebelum membuang kuncinya.
Wanita terbabit memanjat ke atas papan iklan di tepi dinding konkrit dekat bandar raya ini semalam.
Bagaimanapun, tindakannya itu segera menarik perhatian orang ramai sebelum polis dihubungi. Selepas gagal memujuknya seorang anggota polis bertindak menggari sebelah tangan wanita itu dengan tangannya bagi mengelak wanita itu terjun.
Dia berbuat demikian ketika wanita itu mencangkung di atas papan iklan berkenaan.
Anggota polis terbabit kemudian mencampakkan kunci gari ke bawah bagi menyedarkan wanita itu bahawa dia serius untuk menyelamatkannya.
“Wanita itu tahu jika dia mati, maka dia turut membawa bersama seseorang dan sebab itulah dia berubah fikiran,” kata seorang anggota polis.
Polis kemudian menggunakan tali panjang untuk menarik naik wanita itu.
“Ia tindakan yang berani. Kami tidak tahu apa akan terjadi jika dia nekad ingin terjun juga,” kata jurucakap polis selepas kejadian.
Polis bagaimanapun tidak mendedahkan mengapa wanita itu mahu membunuh diri. - Agensi
No comments
Post a Comment