Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Dua Beradik Colombia "Raja Pecah Rumah" Berjaya Diberkas~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Shah Alam: Hajat dua lelaki warga Colombia yang dipercayai adik-beradik untuk melakukan jenayah pecah rumah di kawasan Putra Permai, Putra Height, Subang Jaya, tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan, Rabu lalu.

Suspek yang berusia 31 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam selepas kelibat mereka yang menaiki kereta Honda Accord di kawasan berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Menyedari kehadiran mereka dikesan polis, suspek yang panik terus memandu laju menghala jalan utama dan dikejar kereta peronda polis beberapa kilometer sehingga ke Seksyen 28, Shah Alam.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata, selepas dikejar kira-kira 45 minit, suspek kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum melarikan diri.

Menurutnya, tindakan pantas anggota polis yang bertugas akhirnya berjaya menahan suspek di kawasan berhampiran selepas berlaku pergelutan antara mereka.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta berkenaan menemui beberapa peralatan pecah rumah termasuk topeng ski dan sarung tangan.

“Semakan juga mendapati, kereta yang digunakan itu disewa daripada individu tertentu, tetapi suspek menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Katanya, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen, kedua-dua suspek masuk ke negara ini Julai lalu menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata, polis mengalami kesukaran untuk menjalankan siasatan kerana suspek tidak boleh berbahasa Inggeris menyebabkan polis terpaksa memanggil jurubahasa bagi membantu siasatan.

“Polis akan menyiasat sama ada suspek terbabit dengan kegiatan pecah rumah yang dilakukan warga Columbia seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana pecah rumah dan kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut dan kes juga akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen,” katanya.

Hmetro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments