SEORANG bekas pengikut al-Arqam atau Global Ikhwan, Muhammed Fidauddin Mohd Zaki, 22, merayu agar isterinya yang menjarakkan diri sedangkan mereka baru tiga bulan berkahwin agar segera pulang ke pangkuannya.
Fidauddin yang ditemui di sidang media khas anjuran Srikandi Malaysia bagi mendedahkan cubaan menghidupkan ajaran al-Arqam oleh Hatijah Am atau Ummu Jah semalam, antara lelaki yang menjadi mangsa undang-undang Ummu Jah yang menghendaki isteri berpisah dengan suami yang tidak lagi menyertai perjuangan mereka.
Menurut Fidauddin, perkahwinannya dengan isteri berlangsung di Mesir dan diatur oleh jemaah. Namun setelah menyedari terdapat banyak perkara yang terpesong di sisi Islam, dia mengajak isterinya agar sama-sama insaf namun tidak dipersetujui si isteri.
Isterinya bertindak meninggalkan kediaman keluarga Fidauddin di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas mereka pulang ke Malaysia baru-baru ini dengan alasan, mahu bertemu ibu di Kuala Lumpur. Sejak itu, Fidauddin tidak lagi mampu menjejaki di mana lokasi sebenar isterinya berada.
“Saya masih sayangkan dia dan menaruh harapan agar dia kembali taat sebagai isteri,” ujar Fidauddin.
No comments
Post a Comment