Penyanyi terkenal, Beyonce Knowles, 31, dan adiknya, Solange, 27, dilaporkan tidak menghadiri majlis perkahwinan bapa mereka, Mathew Knowles yang diadakan pada 30 Jun lalu.
Menurut sumber Contact Music, ketidakhadiran diva popular itu adalah disebabkan dirinya sudah terikat dengan sebuah majlis yang perlu dihadirinya terlebih dahulu.
Mathew, 61, mendirikan rumahtangga dengan seorang bekas model, Gena Charmaine Avery, 48, di Houston, Texas selepas setahun setengah mengikat tali pertunangan.
Mathew telah bercerai dengan ibu penyanyi itu, Tina Knowles pada 2009 selepas berita kecurangannya dengan pelakon Alexsandara Wright didedahkan pihak media.
Hasil hubungan sulitnya itu, Mathew telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Nixon.
No comments
Post a Comment