Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Fakta harus korang tahu "APA ITU MANDUL"
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

 
Jika anda melihat seorang lelaki yang sempurna, ada akan menganggap bahawa si jejaka itu adalah sempurna dari semua segi termasuk dari segi seksualnya.
Tahukah anda? Apakah yang dinamakan dengan lelaki mandul? Lelaki mandul adalah satu keadaan jarang di mana air mani langsung tidak mengandungi sperma yang perlu bagi tujuan persenyawaan.
Kira-kira 10-15 peratus lelaki din dunia mengalaminya dan di Malaysia, kira-kira satu peratus lelaki mengalaminya.
Ia merupakan salah satu daripada masalah kaum lelaki yang menghalang penghasilan zuriat selain daripada masalah lain yang lebih lazim seperti kegagalan ereksi atau mati pucuk, kekurangan sperma, sperma tidak subur dan kekurangan hormon kesuburan.
Keadaan ini amat sukar diterima terutama bagi lelaki yang baru berumahtangga tetapi ramai mungkin tidak mengetahui punca masalah itu dan sama ada ia boleh dirawat, kata Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Pakar Wanita Srivari Dr K. Thanikasalam.
Sebenarnya artikel ini sudah saya tulis lama dahulu pada tahun 2006, cuma saya olahkannya semula memandangkan ada terjadinya keganasan domestik iaitu keganasan dalam rumah tangga dek kerana sebab tidak mendapat anak.
Bagi lelaki, apabila isteri tidak mengandung, biasanya mereka akan menyalahkan isteri mereka mandul atau tidak subur tanpa menjalani pemeriksaan doktor terlebihdahulu, katanya.
Lazimnya 30 peratus daripada kegagalan mendapatkan cahaya mata berpunca kerana masalah pada suami dan selebihnya disebabkan masalah pada sistem reproduktif isteri.
Menurut Thanikasalam, pasangan yang gagal mendapatkan cahaya mata sekurang-kurangnya setahun selepas berkahwin boleh merujuk masalah mereka ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau pakar-pakar ginekologi swasta di mana pasangan suami isteri dikehendaki menjalani beberapa ujian untuk mengetahui siapa yang bermasalah dan rawatan baginya.
Dr Thanikasalam berkata lelaki biasanya susah untuk menerima hakikat yang mereka alami Azoospermia dan ini adalah kerana kurangnya pendedahan dan penjelasan tentang keadaan ini.
“Kaum lelaki boleh mengalami tekanan emosi yang teruk apabila mendapat tahu yang mereka mengalaminya namun jika mereka mengetahui lebih banyak maklumat tentang Azoospermia, pasti ia dapat membantu menguatkan semangat mereka,” katanya.
Jika anda disahkan mengalami Azoospermia ini, apa yang sebaiksebaiknya perlu dilakukan ialah terus berusaha untuk mendapatkan rawatan melalui pakarpakar di hospital kerajaan dan swasta serta janganlah berasa tertekan.
Azoospermia berlaku disebabkan oleh dua faktor, faktor pertama ialah kemalangan dan jangkitan kuman manakala faktor kedua pula disebabkan keturunan.
“Faktor pertama biasa berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mengalami kemalangan atau terjatuh sehingga menyebabkan testis yang menghasilkan sperma gagal menghasilkan sperma seperti sebelumnya.
“Jangkitan virus jika lambat dirawat akan menyebabkan ia merebak ke spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma) dan menjejaskan fungsinya,” kata beliau.
Beliau berkata faktor kedua adalah apabila Azoospermia disebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan di mana biasanya ia disebabkan gen ibu dan bapa yang membawa masalah itu.
“Jika faktor kedua dikenalpasti sebagai puncanya, maka lelaki yang mengalami Azoospermia ini tidak mempunyai sebarang harapan atau peluang untuk mendapat anak dan hanya kuasa tuhan yang boleh membantunya,” kata beliau.
Pertamanya lelaki terbabit perlu menjalani ujian untuk menentukan sama ada air maninya mengandungi sperma.
“Kemudian kita akan berikan dia ubat dan vitamin yang merangsang pengeluaran hormon yang bertindak menghasilkan sperma,” katanya.
Selepas mengambil ubat itu lelaki terbabit perlu menjalani ujian air mani sekali lagi dan jika testis dalam keadaan normal biasanya keputusan ujian air mani kedua akan menunjukkan adanya kandungan sperma walaupun sedikit.
Namun begitu, menurut Dr Thanikasalam jika testis suami itu bermasalah keputusan ujian kedua biasanya akan tetap sama iaitu masih tiada sperma dikesan dalam air maninya.
“Jika ini berlaku, biasanya suami akan dikehendaki menjalani satu pembedahan kecil di testisnya iaitu sedikit tisu akan diambil dari testisnya untuk diuji di makmal sama ada sperma dihasilkan atau tidak oleh testis si suami tadi,” katanya.
Menurut beliau, jika sperma dapat dikesan dalam tisu testis suami, maka Azoospermia mungkin berlaku disebabkan saluran yang membawa sperma untuk dicampur dengan air mani itu tersumbat atau rosak. – Ibnu.K

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments