Sudah acap kali wanita diingatkan supaya tidak meletakkan beg tangan di bahagian tempat duduk penumpang.
Hal ini kerana, anda tidak akan tahu sama ada penunggang motosikal yang melalui tepi kereta anda berniat jahat atau sebaliknya.
Bukan itu sahaja, sudah banyak kes cermin kereta dipecahkan dan beg tangan atau barang berharga yang diletakkan di sebelah dikebas sebelum sempat berbuat apa-apa.
Video di bawah menunjukkan kejadian serupa yang cuma memerlukan masa selama 3 saat untuk perompak memecahkan cermin kereta seterusnya melarikan diri sepantas lipas kudung.
Satu perkara yang boleh diambil kira, kebanyakan perompak yang menunggang motosikal dan berniat jahat gemar memakai topi keledar bercermin penuh untuk mengelakkan wajah mereka dikenal selain menghalang wajah terkena cermin kereta yang dipecahkan.
Jadi para wanita, berhati-hatilah kerana sesal kemudian tiada gunanya!
Oleh Mynewshub.my
No comments
Post a Comment