Erra Fazira membuatkan peminat-peminatnya cemas apabila mengalami kemalangan jalan raya, Sabtu lalu.
Insiden itu agak menggerunkan apabila difahamkan Erra hilang kawalan motosikal yang ditunggangnya hingga terbabas dan masuk ke bawah lori itu.
Perkara ini sampai ke pengetahuan para peminat apabila ia dimuatnaik oleh dua rakan baik Erra, Umie Aida dan Linda Onn di laman Keek mereka.
Ketika kejadian, ketiga-tiga selebriti tersebut sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi masing-masing menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, peminat Erra boleh menarik nafas lega apabila Erra memaklumkan dia hanya cedera ringan di kaki kirinya kesan kemalangan tersebut. Biarpun begitu, Erra mengakui motosikal kesayangannya mengalami kecederaan teruk.
Erra turut mengucapkan terima kasih di atas doa para peminatnya dan memohon maaf kerana membuat ramai orang bimbang.
No comments
Post a Comment