Sebenarnya jawapan kepada tajuk di atas adalah tidak. Kisah tersebar sebelum ini adalah penipuan semata-mata.
Berikut kenyataan yang dipetik dari fan page Polis DiRaja Malaysia;
SAMPEL WANGIAN ATAU LOSEN BERACUN : JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN
Kenyataan bahawa tujuh wanita mati di Hospital Gleneagles Ampang akibat menerima bungkusan mengandungi sampel wangian atau losen yang dikatakan beracun adalah tidak benar. Polis Kuala Lumpur telah membuat semakan dengan pihak hospital berkenaan dan mendapati bahawa laporan tersebut tidak berasas sama sekali. Dua tahun lalu hospital gleneagles juga pernah menafikan berlakunya perkara yang sama di hospital tersebut.
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin atau berita palsu tersebut. Tindakan tegas mengikut undang-undang yang ada akan diambil kepada sesiapa juga yang menyebarkannya
KENYATAAN BAHAWA TUJUH WANITA MATI DI HOSPITAL GLENEAGLES AMPANG AKIBAT MENERIMA BUNGKUSAN MENGANDUNGI SAMPEL WANGIAN ATAU LOSEN YANG DIKATAKAN BERACUN ADALAH TIDAK BENAR. POLIS KUALA LUMPUR TELAH MEMBUAT SEMAKAN DENGAN PIHAK HOSPITAL BERKENAAN DAN MENDAPATI BAHAWA LAPORAN TERSEBUT TIDAK BERASAS SAMA SEKALI. DUA TAHUN LALU HOSPITAL GLENEAGLES JUGA PERNAH MENAFIKAN BERLAKUNYA PERKARA YANG SAMA DI HOSPITAL TERSEBUT.
POLIS KUALA LUMPUR MENASIHATKAN ORANG RAMAI AGAR TIDAK MEMPERCAYAI KHABAR ANGIN ATAU BERITA PALSU TERSEBUT. TINDAKAN TEGAS MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG ADA AKAN DIAMBIL KEPADA SESIAPA JUGA YANG MENYEBARKANNYA.
No comments
Post a Comment