Los Angeles – Perang bidaan tercetus antara jutawan terkenal dalam usaha untuk mendapatkan kereta pesawat pertama di dunia yang ditawarkan untuk dijual pada harga kira-kira RM3 juta.
Aerocar dijangka mendapat sambutan hangat ketika itu tetapi selepas 25 tahun berkempen, Taylor masih gagal untuk mencapai persetujuan, termasuk dengan syarikat pembuat kereta terkenal, Ford.
Bersama-sama dengan prototaip asal, hanya empat Aerocar dibina dan pengumpul berebut-rebut untuk memiliki bahan sejarah kejuruteraan yang menakjubkan itu, yang masih boleh terbang dengan kelajuan 176 kilometer sejam.
Peminat aviasi, Greg Herrick berkata: “Ini ialah kemuncak rekaan abad yang ke-20 ketika itu dan begitu hampir untuk menjadikan imaginasi dunia menjadi kenyataan. “Tidak ada sesuatu yang sama dengannya ketika itu dan rekaan itu menarik begitu banyak perhatian. Ia begitu menakjubkan.
“Berita mengenainya tersiar di muka depan akhbar, majalah, buku dan rancangan televisyen di seluruh dunia. Tidak ada yang popular sepertinya sebelum itu.
“Bagaimanapun, ketika harga minyak merudum pada 1970-an serta kekurangan semangat ahli perniagaan untuk melabur dalam industri terbabit, menyebabkan minat terhadap Aerocar juga terhakis.” Kenderaan sepanjang enam meter itu mempunyai dua tempat duduk yang terletak bersebelahan, empat roda, sayap selebar 10 meter dan dilengkapi dengan enjin Lycoming 0-320 yang dipasang di atas tayar belakangnya.
Kipas pula dipasang pada hujung ekor yang diletakkan pada sudut menegak untuk membolehkan kipas itu mempunyai ruang secukupnya untuk berpusing. Bukan saja ia boleh diubah daripada sebuah pesawat menjadi sebuah kereta, tetapi sayapnya juga boleh dilipat ke sisi dan tangkinya ditanggalkan serta ditarik di belakang kenderaan seperti sebuah treler. – Daily Mail
No comments
Post a Comment