Tetapi bagaimana dengan gajah yang boleh menyelam? Perkenalkan Rajan si gajah penyelam
Jadi siapakah si Rajan ini? Rajan adalah gajah yang dilatih berenang untuk menarik atau mendorong balak-balak dari hulu sungai ke lautan untuk diangkut oleh syarikat kayu. Setelah pekerjaannya diambil alih oleh kapal tongkang, Si Rajan boleh menikmati masa persaraannya.
Semasa persaraannya, Rajan si gajah penyelam tetap dengan hobinya berenang di laut berhampiran kepulauan Andaman.
Uniknya Rajan mula belajar snorkeling, "sejenis sukan menyelam dengan alat bantu pernafasan", kerana tidak ada tabung oksigen untuk gajah, maka Rajan menggunakan peralatan snorkeling semulajadinya yaitu belalainya.
Sesekali Rajan menaikkan belalainya ke permukaan untuk mengambil nafas.
Rajan biasanya berenang dilaut 2-3 kali sebulan, penduduk sekitar sudah biasa dengan hobi Rajan ini dan tidak pernah memaksa Rajan menyelam secara paksa.
Secara semulajadi gajah boleh berenang selama 6 jam tanpa menyentuh dasar sungai atau laut, namun Rajan ini cukup istimewa.
No comments
Post a Comment