Seorang remaja perempuan di Tunisia yang merupakan anggota sebuah pertubuhan wanita yang memperjuangkan hak wanita dengan cara berbogel, FEMEN, berdepan kecaman hingga diugut akan direjam sampai mati gara-gara memuat naik gambarnya merokok dengan payu dara terdedah dan ditulis ‘Badan ini milik saya’.
Tindakan Amina, 19, nyata melampau untuk seorang muslim sepertinya. Seorang ulama di sana yang mengetuai Suruhanjaya Mencegah Maksiat, Alami Adel, mengeluarkan kenyataan Amina perlu dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali atau direjam sampai mati kerana tindakan yang terlalu keterlaluan.
Ini kerana hukuman bagi kesalahannya jika mengikut undang-undang Tunisia dianggap masih ringan iaitu penjara hingga dua tahun atau denda hingga USD600 jika sabit kesalahan.
Terdapat pihak yang berang dengan tindakan Amina hingga mengancam mahu membunuhnya. Laman Facebook FEMEN yang berpengkalan di Ukraine turut digodam dan kandungan di dalamnya digantikan dengan ayat suci al-Quran.
No comments
Post a Comment