MANZHOULI – Pasukan kastam di wilayah autonomi Inner Mongolia, China merampas sejumlah 213 tapak kaki beruang yang diseludup oleh dua lelaki warga Rusia di sini kelmarin.
Menurutnya, rampasan itu merupakan yang terbesar pernah dilakukan anggota kastam Inner Mongolia setakat ini.
Tambah Rongxin, kedua-dua suspek kini ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat bagi mengetahui lokasi penghantaran tapak kaki beruang berkenaan.
Jelasnya, tapak kaki beruang itu disembunyikan di dalam roda dan tayar ganti van tersebut.
Siasatan lanjut mendapati, tapak kaki beruang tersebut berasal daripada spesies beruang coklat yang dilindungi di China.
Pasukan kastam berkata, sekilogram tapak kaki beruang di Rusia berharga AS$63 (RM198).
Bagaimanapun harga tapak kaki beruang di China naik 10 kali ganda. – Agensi
No comments
Post a Comment