Bukan di Malaysia saja ada kes suami ceraikan isteri menggunakan SMS. Pasangan selebriti antarabangsa terkenal yang pernah bersama, Russell Brand dan Kate Perry juga bercerai cara serupa rupa-rupanya.
Perkara ini didedahkan Kate Perry secara eksklusif dalam satu temu bual bersama Magazine Vogue baru-baru ini.
Perry dilaporkan berkata, “Saya tak dengar lagi khabar daripada dia selepas terima teks mesej menyatakan dia menceraikan saya pada 31 Disember 2011.”
Perkara ini ternyata pernah diselindungkan bekas suaminya itu yang memberi komen kononnya dia dan Perry kekal berkawan baik walaupun tidak lagi bersama.
Hakikatnya menurut Perry, mereka bercerai kerana tiada sefahaman apabila Brand sering mencemburui cara hidupnya. Perry juga berasa sakit hati apabila pernah satu waktu, dia mengetahui dirinya dijadikan bahan lawak oleh Brand yang juga pelakon komedi pentas ketika dia menghadiri persembahan bekas suaminya itu tanpa diketahui, kononnya sebagai ‘surprise’.
Kate Perry kini di puncak kegemilangan sebagai penyanyi dan popular dengan lagu Teenage Dream, California Gurls dan I Kissed a Girl manakala Brand yang pernah mempunyai masalah dadah semakin mencipta nama sebagai pelawak setelah berlakon filem Forgetting Sarah Marshall and Get Him to the Greek.
No comments
Post a Comment