Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Saleha ‘Lesbian’, Jalin Hubungan Dengan Marsha!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Siti Saleha
Demi ingin mencuba kelainan dalam segi watak dan karakter yang pernah dibawakannya sebelum ini, aktres Siti Saleha mengambil cabaran untuk mendalami watak menjadi seorang lesbian.
Filem terbaru arahan sulung Raja Mukhriz yang diberi judul Tujuh itu bakal mengandingkan Saleha yang membawakan watak Tina berpasangan dengan Marsha Milan Londoh yang membawa peranan sebagai Yasmin.
Mengulas mengenai watak yang digalasnya itu, Saleha menjelaskan kepada Malaysian Digest, “saya tak takut untuk melakonkan watak ini. Sebab saya rasa ini peluang yang baik untuk saya. Something out of the box. Sesuatu yang menarik bagi saya. Ya, saya tahu mungkin ia akan menimbulkan isu. Tapi saya harap peminat akan terbuka dan dapat menerimanya kerana saya hanya berlakon dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon”.
Tujuh terbitan syarikat produksi Grand Brilliance merupakan filem bergenre aksi seram dan thriller ini mengisahkan sekumpulan remaja yang menghabiskan percutian semester mereka dengan mengadakan parti liar di sebuah rumah persinggahan di atas bukit. Rumah itu dijaga oleh Tok Batin dan anaknya, Suri.
Parti liar itu menjadi tidak terkawal apabila salah seorang daripada mereka telah merogol Suri. Sebaik parti tamat, Suri bersemuka dengan kumpulan remaja itu dan berjanji akan membalas dendam. Suri kemudian terjun membunuh diri.
Selepas kematian Suri, pelbagai kejadian malang berlaku terhadap mereka. Apakah ini merupakan pembalasan dan sumpahan Suri terhadap mereka menjadi kenyataan?
Sama-sama nantikan tayangan filem Tujuh di pawagam kelak!

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments