Joe Nagy, nyata terkejut dengan keadaan itu kerana selama ini dia menyangka keadaan itu berlaku kerana dia mengalami alahan dengan cuaca di Arizona.
Menurut Joe, hidungnya itu akan berair dalam sekali atau dua kali seminggu, terutama selepas bangun dari tidur.
“Saya sentiasa bersedia dengan tisu,’’ katanya.
Keadaan itu juga menyebabkan Joe berasa malu terutama ketika berada di khalayak ramai kerana cecair itu akan mengalir keluar dari hidungnya.
Selepas menyedari ubat alahan yang diambilnya gagal memberikan kesan, Joe akhirnya menemui doktor.
Dia nyata terkejut selepas dimaklumkan keadaan itu berlaku kerana cecair di otaknya telah bocor dan mengalir keluar dari hidung.
Joe kemudiannya menjalani pembedahan kecil dengan gam dimasukkan menerusi hidungnya untuk menutup bahagian yang bocor tersebut.
Kini dia bersyukur kerana hidungnya tidak lagi berair dan dia juga tidak perlu membawa tisu dalam poket seluarnya.
No comments
Post a Comment