Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Didie Alias Dakwa Ditipu Syarikat Produksi Filem?!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Didie Alias
Pelakon, Didie Alias mendakwa bahawa dirinya berasa sedikit ralat dan terkilan apabila tidak dapat berlakon di bawah arahan pengarah muda terkenal, Syamsul Yusof.
Dia bercerita, pada permulaan dia menerima tawaran itu kerana Syamsul dikatakan terlibat sebagai pengarah bersama dalam filem terbabit, namun sewaktu penggambaran dijalankan pengarah terkenal itu tidak dapat terlibat sama kerana terikat dengan komitmen kerja yang lain.
“Nak kata menyesal sangat tu tidaklah. Menyesal pun tak ada gunanya, lagipun saya dah sign kontrak untuk berlakon di dalam filem ini jadi teruskan je la. Sewaktu ditawarkan berlakon dalam filem ini pihak produksi ada menyatakan pada saya yang Syamsul Yusof pun akan menjadi salah seorang pengarah. Waktu tu dengar memang seronok jugalah dan saya sudah membayangkan yang filem ini nanti pasti lain dari yang lain dan bayangkan ala-ala KL Gangster. Tapi sebaliknya berlaku apabila saya diberitahu yang Syamsul tarik diri sebab ada komitmen yang lain,” jelasnya kepada portal Buahmulut.
Dalam perkembangan lain, Didie yang dikenali sebagai Lady Gaga Malaysia ini bakal keluar dengan filem Oh Mak Kau, lakonannya bersama Jep dan Shuib Sepahtu, Abon Maharaja Lawak, Nurul Ain Nordin, Syamsul Yusof, Wan Maimunah, dan Yassin Yahya.
Filem itu bakal ditayangkan bermula 16 Mei depan di seluruh pawagam di Malaysia.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments