Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Kate Hudson-Matt Bellamy Akan Berkahwin!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kate Hudson-Matt Bellamy Akan Berkahwin
Pastinya peminat kedua-dua selebriti ini iaitu Kate Hudson, 34,  dan pasangannya Matt Bellamy, 35, tidak sabar untuk menunggu bilakah pasangan sama cantik sama padan itu bakal mengakhiri hubungan mereka ke jinjang pelamin.
Hudson dan Bellamy yang merupakan vokalis kumpulan popular British, Muse ini sudah bertunang sejak dua tahun yang lalu.
Pelakon yang popular menerusi filem Bride Wars dan How To Lose a Guy in 10 Days ini merupakan anak kepada aktres veteran Hollywood, Goldie Hawn.
Menurut sumber Dailymail UK, Hudson mengatakan, “kami akan berkahwin, dan saya merasa bahawa berkahwin itu penting, walaupun kami berdua belum mempunyai rancangan terperinci. Namun kami merasa bahawa yang paling penting dari perkahwinan kami nanti adalah terbentuknya sebuah keluarga, bukan bagaimana meriahnya majlis perkahwinan yang kami bakal adakan”.
Hasil perhubungan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Bingham Hawn Bellamy yang dilahirkan pada Julai 2011.
Sebelum menjalin hubungan dengan Bellamy, Hudson pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan The Black Crowes, Chris Robinson pada 31 Disember 2010.
Namun, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 22 Oktober 2007.

Hasil perkahwinan Hudson dan Robinson, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ryder Russell Robinson yang kini berusia 9 tahun.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments