Swift sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan ramai selebriti popular antaranya Harry Styles, Jake Gyllenhaal, John Mayer, Joe Jonas, Taylor Lautner dan Conor Kennedy.
Namun semua perhubungannya itu tidak bertahan lama dan selepas berpisah, Swift cenderung untuk menceritakan segala luahan hatinya menerusi lagu yang diciptakannya.
Menurut sumber Digital Spy, Swift, 24, yang begitu mengilai Putera Harry, 28, sedang berusaha mendapatkan tiket VIP untuk kunjungan Putera Harry ke Amerika Syarikat pada bulan Mei akan datang
.
“Taylor berusaha keras agar namanya disenaraikan dalam senarai bintang VIP yang akan bertemu Putera Harry. Taylor sangat menyukai semua tentang Putera Harry, terutama rambut merah dan ‘accent’ Britishnya,” kata sumber terdekat.
Mungkin usaha Swift itu tidak akan sia-sia kerana dikhabarkan putera yang turut terkenal dengan imej ‘playboy’nya itu juga menyukai gadis yang berambut ‘blonde’ atau perang keemas-emasan.
No comments
Post a Comment