Seorang guru muzik terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan satu daripada buah zakarnya selepas dibaham seekor anjing.Joel Goodman, 28, diserang haiwan itu dipercayai baka Bull Terrier Inggeris ketika berjoging.
Ketika dia terbaring kesakitan, pemilik anjing itu enggan membantu, sebaliknya menarik anjing berkenaan sambil memberitahu Goodman: “Saya bukan berasal dari sini.”
Dengan berlumuran darah, Goodman berjalan perlahan-lahan ke rumah seorang rakan di Epping, Essex, yang kemudian membawanya ke sebuah hospital di Harlow. Dia menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan buah zakarnya.
Pembedahan itu berjaya, tetapi Goodman terpaksa bertarung dengan kesan psikologi akibat daripada kejadian menimpanya bulan lalu. Dia masih belum boleh kembali mengajar menyanyi.
“Anjing itu tiba-tiba muncul di satu lorong dan menerkam ke arah saya. Saya langsung tidak berpeluang bertindak balas. Dia meluru dan terus menggigit kemaluan saya.
“Kejadian berlaku begitu pantas, padahnya mungkin lama. Mujur doktor berjaya menyelamatkan buah zakar saya. Saya masih terkenang serangan itu dan sentiasa dilanda kebimbangan,” kata guru itu.
Menurutnya, dia cuba kembali mengajar menyanyi, tetapi proses pemulihan mengambil masa begitu lama.Polis sehingga ini masih belum menjejaki pemilik anjing itu yang dikatakan berusia antara 35 dan 40 tahun.
Goodman berharap sangat supaya lelaki itu ditangkap. “Sesuatu perlu dilakukan. Saya mahu anjing itu dibunuh dan pemiliknya didakwa sebelum kejadian sama berlaku pada orang lain,” kata guru itu
No comments
Post a Comment