Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Chris Brown Kenakan Syarat Ke Atas Rihanna!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Chris Brown Kenakan Syarat Ke Atas Rihanna

Semua sedia maklum pasangan penyanyi popular ini sudah berbaik semula dan kembali menjalinkan perhubungan selepas insiden pertengkaran yang berlaku di antara mereka pada tahun 2009.

Menurut sumber The Sun, Brown dan Rihanna kini sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang dikatakan bakal berlangsung pada bulan Julai depan.
Malah, mengenai majlis tersebut, Brown sudah menetapkan syarat kepada kekasihnya itu supaya tidak menjemput mana-mana bekas teman lelaki Rihanna ke majlis bersejarah mereka itu nanti.
“Chris berkata pada Rihanna, jika majlis perkahwinan mereka dihadiri oleh bekas kekasih Rihanna, dia (Chris) boleh gila,” kata salah satu sumber terdekat.
Brown sememangnya terkenal dengan imej panas barannya yang tidak bertempat dan Rihanna sering menjadi mangsa kekasarannya pada suatu ketika dulu.
Rihanna, penyanyi kelahiran Barbados itu dikatakan bersedia menuruti syarat tersebut jika Brown juga berjanji tidak akan mengundang Karrueche Tran, yang merupakan bekas kekasih kepada Brown.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments