Menerusi Berita Harian, Fizz turut mengakui berikutan insiden tersebut dia kini berasa trauma sehingga mengambil keputusan mendiamkan diri buat seketika sebelum kembali muncul selepas perkara itu mulai reda daripada menjadi topik perbualan hangat industri hiburan tempatan.
Selain itu, perbuatannya yang enggan memberi komen serta mengunci mulut daripada mengulas mengenai kejadian itu adalah disebabkan tidak mahu isu itu berpanjangan dan pada masa yang sama mahu menjaga hati ibunya yang tercinta.
Sebelum ini, peminat tanah air dikejutkan dengan berita pertunangan Fizz dengan gadis kelahiran Pahang Azlyn Massiela Mohd Nazar pada 10 Februari lalu walaupun sebelum ini umum mengetahui Fizz merupakan kekasih kepada pelakon cantik, Almy Nadia.
Namun, seminggu selepas ikatan pertunangan terjalin di antara mereka, Fizz kemudiannya memutuskan ikatan tersebut selepas mengetahui wanita berkenaan sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ramli.
No comments
Post a Comment