Noniswara sebelum ini ada menyebut kepada media yang seorang wanita bergelar artis telah menjadi punca kepada tuntutan cerai beliau terhadap suami, Datuk Rosman Ridzwan malah telah bersemuka.
Berita Harian menerusi sisipan hiburan mereka, Bpop menulis gossip yang mengatakan artis tersebut adalah Maznah Zulkifli, personaliti televisyen yang terkenal dengan aktiviti lasak beliau.
Khabarnya, Maznah Zulkifli & suami Noniswara sering keluar bersama suatu ketika dahulu tetapi dalam diam di’katakan personaliti TV ini mencuri hati lelaki tersebut.
Ini pula kisah yang di’ceritakan oleh Noniswara tentang artis yang menjadi punca penceraian beliau & suami.
“Siapa sangka kawan sendiri sanggup mengkhianati saya. Dia juga rakan artis. Saya mengenalinya dengan rapat malah dia pernah meminta saya mencarikan teman lelaki untuknya”
“Artis ini mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk di lokasi penggambaran. Dia meracuni fikiran suami dan memburukkan saya”
“Selepas berbincang dengan suami, beliau mengakui mencintai artis ini dan tidak mahu melepaskannya. Tidak guna saya menunggu lagi jika suami sendiri mengakui wajah saya serupa hantu,” jelas Noniswara. – rotikaya.com
No comments
Post a Comment