Pelakon Natasha Hudson yang telah
selamat melahirkan puteri keduanya pada 22 April lalu telah
memperkenalkan anaknya itu sebagai Naeema Taqiyyah menerusi akaun
Instagramnya pagi ini.
Pelakon cantik itu juga berkongsi gambar anaknya itu dari pelbagai sisi khusus untuk pengikutnya di Instagram.
Nama Naeema yang dipilihnya bersama
suaminya, Carleed Khaza itu membawa erti keselesaan, rahmat dan tenang
sementara Taqiyah pula bermakna warak dan membuat sesuatu dengan betul
dan bermoral.
Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya
Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur. Menerusi perkahwinannya sebelum ini, Natasha
mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima
tahun.
Semoga kedua-dua puteri Natasha membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya.
No comments
Post a Comment