Zimbabwe – Seorang anggota tentera mendakwa telah diculik dan dirogol oleh empat wanita selama seminggu sebelum dia dipukul dan ditinggalkan di kawasan pergunungan.
Mangsa yang berusia 25 tahun itu mendakwa telah menumpang kereta yang dinaiki dua wanita dan seorang lelaki untuk ke bandar Mutare.
Namun selepas sejam perjalanan, pemandu kenderaan itu kemudiannya mengubah haluan.
Apabila mangsa ingin turun dari kenderaan itu, dia telah diancam dengan pisau.
Menurut jurucakap polis, Assistant Inspector Nuzondiwa Clean, mangsa kemudiannya telah ditutup mata dan dibawa ke sebuah rumah.
“Di rumah itu, mangsa telah dibogelkan dan mereka turut merampas telefon bimbit serta wang sebanyak $35 dolar.
“Suspek kemudiannya mengarahkan lelaki berkenaan melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita antara 19 hingga 23 April,’’ katanya.
Mangsa yang dipukul di kaki kiri dan mengalami kecederaan serius itu kemudiannya ditinggal di pergunungan Dangamvura
Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara ini.
No comments
Post a Comment