Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Foto Resepsi Suraya HotFM yang Meriah !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Suraya HotFM
Tanggal 27 April 2013 tarikh keramat yang amat bermakna sekali bagi penyampai radio Hot FM, Suraya Borhan dan pasangannya Mohd Johanif Mohamed Nadzirin apabila memilih hari tersebut untuk melangsungkan akad nikah mereka.
 Dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar pasangan suami isteri dengan hantaran mas kahwin sebanyak RM10,000.

Sejurus selepas itu, diadakan pula majlis resepsi di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur bagi meraikan ikatan mereka sebagai suami isteri bersama keluarga, saudara-mara dan teman-teman rapat. Membawa tema ala Inggeris, pasangan pengantin tampil sepadan di majlis itu dengan gaun dan sut.

Rakan baik Suraya, Fara Fauzana dan Jay Jamalina bertindak sebagai pengacara majlis pada malam itu. Alyah telah membuat penampilan khas dengan mendendangkan dua buah lagu berjudul “Kau Yang Terindah” dan “Barakallah”, nyanyian asal Maher Zain.

Ketika acara memotong kek, Suraya dikejutkan dengan nyanyian ‘Happy Birthday’ dari rakan-rakannya kerana hari itu juga merupakan ulangtahun Suraya yang ke-31.

“Alhamdulillah, kami bersyukur sekali kerana apa yang dirancang selama beberapa bulan ini telah terlaksana dengan jayanya dan majlis resepsi pada malam ini cukup sempurna sekali dan meriah. Terima kasih saya ucapkan kepada tetamu dan rakan-rakan yang sudi hadir ke majlis kami ini dan berharap anda semua dapat mendoakan kami semoga berbahagia dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.

“Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa kami yang selama ini bersusah payah membesarkan kami dan hari ini meraikan kami berdua di majlis resepi yang bagi kami cukup bersejarah sekali. Akhir kata dari kami semoga anda berbahagia dan mendoakan kami, InsyaAllah,” kata Suraya dan Johanif.
Suraya HotFM1

Suraya HotFM2

Suraya HotFM3
Sumber: gua.com.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments